SEORANG lelaki ditemui meninggal dunia selepas merakamkan dirinya sendiri ketika memakan serangga beracun yang merupakan sebahagian daripada satu permainannya. Sun,35, ditemui tidak sedarkan diri di bilik rumahnya di Hefei, di daerah Aunhui, China pada Sabtu lalu oleh teman wanitanya. Sebelum insiden, dia membuat rakaman langsung dirinya sedang memakan lipan dan cicak tokek bersama alkohol. Polis mengesahkan Sun ditemui tidak sedarkan diri dan berkata komputer masih berada dalam keadaan live, manakala ‘makanannya’ itu masih berada di atas meja. Sun yang juga merupakan seorang blogger memperkenalkan permainan baharu memakan serangga. Sesi terakhir live pada pukul 7.53 malam pada Khamis. Video itu kini sudah dipadam. Polis kini masih menyiasat punca sebenar yang membuat Sun terbunuh. –metro.co.uk