suria

57 tahun menanti, wanita usia 74 tahun lahirkan bayi kembar

Bayi kembar yang dilahirkan wanita itu.

SEORANG wanita berusia 74 tahun menjadi wanita paling tua melahirkan bayi selepas berkahwin selama 57 tahun.

Erramatti Mangayamma, dari Hydrerabad, India, melakukan rawatan IVF dan melahirkan anak secara pembedahan pada Selasa.

Wanita itu berkahwin dengan Yerramatti Raja Rao yang kini berusia 80 tahun.

Katanya, dia mendapat inspirasi untuk hamil setelah jirannya yang berusia 55 tahun masih mampu hamil.

Malah, sebuah klinik di Guntur menaja proses IVF Mangayamma.

Menurut klinik itu, jika rawatan berkenaan berjaya, ia akan menjadi satu sejarah buat mereka.

Kata Mangayamma, dia dipantau di hospital sepanjang sembilan bulan hamil.

"Saya tak boleh jelaskan perasaan saya. Bayi-bayi itu lengkapkan hidup saya.

"Penantian enam dekad saya berakhir, sekarang saya tak mandul lagi," ujarnya. - The Sun.

IVF, bayi kembar, wanita

Artikel Lain