SEORANG wanita didakwa memotong alat sulit teman lelakinya menggunakan gunting. Dia dipercayai bertindak sedemikian kerana berang setelah video intim antara dirinya dan lelaki berkenaan tersebar. Suspek, Brenda Barattini, 27, ditahan pada Novermber 2017 atas kesalahan itu yang berlaku di Cordoba, Argentina. Mangsa, Sergio F sudah mempunyai isteri pada waktu itu, namun menjalinkan skandal dengan Brenda. Menurut mangsa, kemaluannya dipotong sewaktu mereka sedang bermesraan. Dia yang terkejut terus bangun dan menghubungi ambulans. Suspek sebelum ini didakwa atas kesalahan mencederakan mangsa. Perbicaraan terbaharu bagaimanapun membolehkan pendakwa raya mengubah sabitan asal kepada percubaan bunuh. - Daily Star.