suria

Curang jadikan hubungan anda lebih kuat, kata pakar

Menurut pakar terapi itu, kehadiran orang ketiga tidak menjadi punca kepada keruntuhan hubungan.

CURANG biasanya dikaitkan sebagai punca utama keruntuhan sesebuah hubungan.

Namun seorang pakar terapi mendakwa, kecurangan boleh menjadikan sesebuah hubungan itu lebih utuh dan berkekalan.

Menurut pakar yang berpangkalan di Australia itu, kehadiran pihak ketiga antara dua individu tidak berupaya meruntuhkan hubungan mereka.

"Cuba untuk faham bagaimana sesuatu hubungan dan bagaimana ia berlaku boleh memberi penjelasan dan jawapan kepada soalan antara pasangan yang masih belum terjawab.

"Ini bukan soal menunding jari menyalahkan sesiapa, tetapi masa untuk membina semula hubungan dan kenal pasti punca kecurangan itu.

"Jadi mereka boleh buat keputusan untuk memperbaiki hubungan dan mara ke hadapan," ujar Matty Silver.

Tambahnya, individu di Eropah mempunyai sikap penerimaan yang tinggi, sekaligus mengurangkan kadar perceraian.

Matty membuat kenyataan itu selepas seorang pakar cinta menyenaraikan tiga sikap individu yang cenderung untuk berlaku curang.

Tiga sikap itu termasuklah pentingkan diri sendiri dan kurang empati. - Daily Star.


curang, hubungan, pasangan

Artikel Lain