suria

Chef terima padah dipenjara 17 tahun gara-gara cemburu buta

Sanna dijatuhkan hukuman 17 tahun kerana kesalahan menyerang.

SEORANG menerima padah dipenjara 17 tahun gara-gara menyerang rakan serumah.

Gianfranco Sanna,25, menuduh rakan serumah ada hubungan dengan teman wanitanya.

Sanna yang bekerja di sebuah restoran sebagai chef memanggil rakan rumahnya itu keluar dan bertanyakan hal tersebut.

Dia kemudian memukul dan menyepak malah turut cuba membunuhnya dengan menyimbah air panas ke muka rakannya itu.

“Sejak kejadian, saya mengelak daripada berjumpa orang dan banyak menghabiskan masa di rumah.

“Saya hidup dalam ketakutan bimbang akan ada orang menyerang saya.

“Saya terpaksa menyimpan jambang bagi melindungi parut di muka,” ujar mangsa.

Mahkamah juga mendedahkan Sanna berpindah ke UK untuk memulakan kehidupan baharu selepas bebas daripada hukuman penjara empat tahun di Itali kerana kesalahan menyerang pada usia 17 tahun.

Hakim Anthony Cross menyifatkan dia seorang yang berbahaya.

Sanna dijatuhkan hukuman 17 tahun selepas didapati bersalah menyerang dengan sengaja. –metro.co.uk

Cemburu buta, penjara

Artikel Lain