suria

Labah-labah masuk kereta, pemandu panik langgar lampu isyarat hingga warga emas maut

Paparan skrin sewaktu kejadian.

SEORANG pemandu kereta jenis Mercedes terganggu dengan kehadiran labah-labah sehingga dia terlibat dalam kemalangan.

Edvinas Gilius, 31, cuba mengalihkan haiwan itu yang tergantung dalam keretanya sebelum merempuh lampu isyarat.

Lampu isyarat itu kemudiannya terbalik sebelum menimpa seorang warga emas wanita, Janet Cawood yang berusia 58 tahun.

Kejadian berlaku pada 3 Ogos tahun lalu.

Janet yang juga pengurus akaun mengalami 36 kecederaan termasuk retak tengkorak.

Dia meninggal dunia 13 hari selepas kejadian itu.

Gilius mengaku bersalah atas dakwaan memandu dengan cuai sewaktu perbicaraan bulan lalu.

Terlepas hukuman penjara, dia bagaimanapun perlu melengkapkan 12 jam kerja komuniti.- The Sun.

Artikel Lain