SEORANG ibu terkilan apabila tidak dibenarkan untuk menghantar anak perempuannya ke sebuah taska kerana wajah peliknya dianggap boleh menakutkan kanak-kanak lain. Sofya Zakharova, 2, mengalami kecacatan pada tengkoraknya sejak lahir. Lebih mengejutkan, ibu bapa Sofya diminta untuk membawa anak mereka itu menjalani pembedahan sebelum dihantar ke taska berkenaan. Pembedahan ke atas kanak-kanak itu sebenarnya ditangguhkan dan pakar memberi amaran sekiranya dia bercampur dengan anak-anak lain perkembangannya akan terjejas. Sofya tidak diterima masuk ke sebuah taska. Jari tangan dan kaki Sofya turut melekat antara satu sama lain. Sehingga kini tidak dapat dipastikan keadaan kanak-kanak malang itu. Ibu kepada Sofya, Svetlana berkata dia diminta:"Pertama anda perlu mengatur tarikh pembedahan supaya dia boleh pergi ke taska seperti kanak-kanak lain." Keluarga kanak-kanak itu turut mendedahkan Sofya tidak mendapat bantuan hilang upaya. - Metro.co.uk