SEORANG lelaki gelandangan sanggup dipukul dan ditumbuk sehingga pengsan gara-gara wang lima euro (RM23). Mangsa tampil selepas polis Sepanyol mengeluarkan rakaman insiden itu dan merayu orang ramai yang ada maklumat mengenainya supaya membantu siasatan. Video pendek itu menunjukkan seorang lelaki tidak dikenali ditumbuk dan jatuh di atas jalan sambil tersenyum ke arah kamera. Di akhirnya video itu, dia dilihat terbaring di atas jalan tidak sedarkan diri. Insiden dipercayai berlaku di Gran Canaria, Las Palmas. Pada malam Isnin lalu, tular kisah mangsa yang juga seorang gelandangan yang setuju ditumbuk dan dipukul sehingga pengsan demi wang 5 euro (RM23). Mangsa berusia 34 tahun dikenali sebagai Pedro itu memberitahu stesen TV Canarian bahawa dia ditawarkan sejumlah wang sebagai pertukaran kepada perbuatan tersebut. Pedro turut mengesahkan dia ditumbuk sehingga pengsan dan tidak ingat apa-apa mengenai insiden itu. - Mirror.co.uk