suria

18 tahun derita badan berlipat, kini boleh berdiri selepas jalani pembedahan

Hua sudah menjalani pembedahan dan dijangka pulih tidak lama lagi. FOTO: Asiawire.

SEORANG lelaki di China menjalani kehidupannya dengan derita selama 18 tahun.

Ia kerana keadaan badannya yang terlipat sejak tahun 1991.

Ia berlaku setelah dia didiagnos menghidap penyakit ankylosing spondylitis (AS) yang memberi kesan kepada tulang belakangnya.

Akibatnya, wajah lelaki itu terlipat ke paha selama hampir dua dekad.

Berusia 28 tahun, dia baru-baru ini menjalani pembedahan untuk merawat keadaan berkenaan.

Pembedahan berjaya itu membolehkan dia kini berjalan semula seperti insan normal yang lain.

Buat masa sekarang, dia terpaksa bergantung pada tongkat untuk bergerak.

Pembedahan itu dilakukan di Hospital Universiti Shenzen dan Hua dijangka pulih sepenuhnya dalam beberapa bulan lagi. - India Times.

Hua, badan berlipat, pembedahan

Artikel Lain