SEORANG remaja mendapat tahu ibunya telah meninggal dunia menerusi pesanan mesej di Snapchat. Trent Thomas, 18, berasa hiba selepas membaca mesej yang dihantar sepupunya pada pagi Ahad lalu. "Trent mak awak meninggal malam tadi," katanya mengimbau kembali mesej diterimanya itu. Ibu Trent, Julie, 36, maut dalam kemalangan langgar lari dekat Hatton Vale di Queensland, Australia, lewat petang Sabtu. Kini polis sedang mengesan pemandu yang melarikan diri dari lokasi kejadian. Trent dari Ipswich, Queensland berkata ibunya adalah seorang yang penyayang dan baik hati. Buat masa ini tiada tangkapan dibuat. Snapchat adalah perkhidmatan pemesejan berasaskan imej yang semakin popular di kalangan remaja. Kra-kira 50 peratus daripada penggunanya berusia 13-17 tahun. - Mirror.co.uk