SEORANG remaja berusia 17 tahun dari New York, Amerika Syarikat menemui sebuah planet baharu. Ketika penemuan itu, Wolf Cukier baru saja menjalani latihan praktikal (internship) selama tiga hari di Pusat Penerbangan Angkasa Goddard bagi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (Nasa). Cukier membuat tinjauan mengejutkan itu menerusi imej satelit yang dilihat oleh orang awam, dan meneliti kecerahan sebutir bintang. ARTIKEL BERKAITAN: Nasa temui 3 planet baharu Dia kemudian mengesan sesuatu yang berbeza. Sebuah objek kelihatan bergerak di hadapan bintang, menghalang sinaran cahayanya. Ia ternyata sebuah planet. "Itulah yang saya perhatikan pada mulanya," jelas Cukier kepada CBS New York. "Ia seperti, oh... ada sesuatu di sini," katanya. Selepas beberapa hari, kakitangan senior yakin mengenai kebenaran Cukier bahawa dia telah menemui sebuah planet. Planet tersebut dinamakan TOI 1338 b. Saiznya hampir tujuh kali lebih besar daripada Bumi, menyamai saiz Zuhal dan boleh dijumpai sejauh 1,300 tahun cahaya. Apa yang lebih luar biasa adalah planet itu ditemui mengorbit dua bintang, tidak seperti Bumi yang hanya mengorbit sekali. TOI 1338 b mengelilingi dua bintang sekali setiap 95 hari. Ia merupakan pertama kali program Nasa yang dijalankannya, dinamakan sebagai Surveys Exoplanet Survey Satellite (Tess), yang menemui sistem planet dengan dua bintang. - Telegraph