SEBELUM dikenali sebagai Covid-19, wabak berbahaya yang sedang melanda dunia ini disebut sebagai Koronavirus. Maka, tidak hairanlah kenapa sebuah kedai kain di Kerala, India yang dikenali sebagai Corona kini menjadi tumpuan ramai. Menurut pemiliknya, Pareed, kedai itu menerima kunjungan luar biasa semenjak penularan wabak berkenaan. "Ramai yang datang nak swafoto, ada yang tersenyum sambil pandang saya. "Ramai yang lalu naik kereta, mereka akan pandang ke kedai ini," ujarnya. Kata Pareed, dia juga mengamalkan langkah pencegahan dengan membuat sanitasi di kedainya. Setakat ini, India mencatat 142 kes Covid-19 dengan tiga kematian. - India Times.