MENTERI Perdagangan Indonesia, Agus Suparmanto melarang sebarang aktiviti eksport topeng muka (face mask) bagi memenuhi keperluan dalam negara. Larangan tersebut telah dinyatakan di dalam Peraturan Menteri Perdagangan Regulasi Nombor 23 Tahun 2020 tentang larangan sementara pengeksportan barang-barang seperti antiseptik, topeng muka, serta alat pelindung diri. Arahan tersebut dikeluarkan bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang semakin bahaya. Larangan eksport produk antispetik termasuklah hand rub, hand sanitizer dan produk berkaitan yang mengandungi alkohol. Selain itu, untuk topeng muka pula, larangan eksport adalah untuk topeng yang diperbuat daripada filamen mahupun bukan filamen. Begitu juga alat pelindugan diri seperti pakaian bedah untuk ahli medik. "Apa yang paling penting adalah keselamatan rakyat Indonesia. "Pihak kerajaan akan mengambil tindakan tegas kepada pengeksport yang didapati melanggar arahan," ujar Agus. Larangan tersebut berlangsung selama tiga bulan berkuat kuasa 18 Mac hingga 30 Jun. - Tempo.co