PENULARAN wabak Covid-19 ternyata memberi kesan apabila banyak perniagaan dan operasi harian lumpuh. Tidak terkecuali mereka yang bergelumang sebagai pekerja seks. Di United Kingdom (UK) misalnya, golongan itu mengakui turut terjejas akibat wabak berkenaan. Malah, seorang aktivis pekerja seks, Kate D'Adamo turut mengulas isu itu. "Dengan pandemik pertama dalam sepuluh tahun, pekerja seks terkesan dengan keadaan yang membahayakan kesihatan ini. "Untuk mereka yang bekerja dalam perkhidmatan ini, yang mana memerlukan sentuhan fizikal secara intim, impaknya sangat luas," ujarnya. Paling penting katanya, kesihatan pekerja seks menjadi keutamaan mereka. Terdahulu, sebuah kelab seks di Los Angeles turut membatalkan acara mereka susulan penularan Covid-19. - Daily Star.