TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Mungkin itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan nasib seorang model yang teruk dikecam. Model Playboy, Victoria Bonya menerusi laman Insatgram baru-baru ini memberi cadangan mengenai langkah menyelamatkan bumi selepas banyak negara dijangkiti Covid-19. Kata Victoria, dia mahu separuh penduduk bumi meninggal dunia. "Pada sata, lebih baik kehilangan separuh manusia di bumi daripada hilang satu planet. "Saya bersedia untuk mati juga kalau itu boleh menyelamatkan bumi," ujarnya. Posting itu ternyata menerima kecaman ramai. Dia kemudiannya memadam video kenyataan kontroversi itu selepas dihujani pelbagai komen hinaan. Untuk rekod, peserta pertandingan ratu cantik Miss Earth yang mewakili Rusia pada 2001 itu memiliki 6.5 juta pengikut Instagram. - Daily Star.