PERDANA Menteri Britain, Boris Johnson dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) susulan menghidap Covid-19.
Perkara itu disahkan oleh wakilnya di Downing Street.
Perdana menteri itu bagaimanapun dalam keadaan sedar dan tidak menggunakan ventilator.
ARTIKEL BERKAITAN: PM Britain dimasukkan ke hospital, alami simptom berterusan Covid-19
Terdahulu, beliau dimasukkan ke Hospital St Thomas pada Ahad malam, dan keadaannya bertambah buruk pada Isnin.
Johnson disahkan positif Covid-19, 10 hari lalu.
Pemimpin berusia 55 tahun dipindahkan ke ke wad ICU pada kira-kira pukul 7 malam waktu tempatan, selepas mengalami kesukaran bernafasan yang memerlukan bantuan alat pernafasan. - Mirror UK