suria

Wanita ditembak dengan pistol, tak sangka implan payudara jadi penyelamat

Implan payudara wanita itu yang berjaya memesongkan peluru pistol.

SEORANG wanita yang ditembak di dada terselamat apabila implan payudaranya berjaya memesongkan peluru.

Kejadian melibatkan warga Kanada berusia 30 tahun itu berlaku di Toronto.

Ujar wanita yang enngan dikenali itu, dia hanya menyedari ditembak apabila terasa panas dan sakit di dada sebelum melihat darah mula mengalir.

Mangsa kemudiannya dihantar ke sebuah klinik di Mississauga, Ontario sebelum implannya dibuang.

Menurut doktor, dia seolah-olah diselamatkan oleh implan berkenaan.

"Kemasukan luka peluru berada di payudara kiri, tetapi dia patah tulang rusuk sebelah kanan.

"Implan itu menyebabkan perubahan trajektori peluru," ujar pakar bedah, Giancarlo McEvenue.

Tambahnya, jika peluru menembusi dada mangsa, dia mungkin mengalami kecederaan lebih serius termasuk risiko meninggal dunia. - Daily Star.

implan payudara, pistol, peluru

Artikel Lain