suria

Tragis! Pasangan ini kehilangan satu-satunya anak perempuan mereka kerana Covid-19

Skylar dipercayai pesakit termuda di Michigan yang meninggal dunia kerana wabak tersebut. Foto: Facebook

TRAGIS! Pasangan ini kehilangan satu-satunya anak perempuan mereka selepas kanak-kanak itu disahkan dijangkiti Covid-19.

Skylar Herbert, 5, yang juga anak kepada pasangan pegawai polis dan ahli bomba itu meninggal dunia pada Ahad lalu.

Kanak-kanak berkenaan dipercayai merupakan pesakit Covid-19 termuda di Michigan yang meninggal dunia kerana wabak berbahaya tersebut.

Ibu Skylar, LaVondria adalah seorang pegawai polis veteran yang telah berkhidmat selama 25 tahun, sementara bapanya Ebbie telah bekerja sebagai ahli bomba selama 18 tahun, dengan kedua-duanya berisiko tinggi dijangkiti wabak itu kerana pekerjaan mereka.

Sehingga kini masih tidak jelas bagaimana Skylar dijangkiti, walaupun kedua-dua ibu bapanya berkemungkinan mengalami gejala wabak tersebut.

Ebbie baru-baru ini pulih daripada radang paru-paru dan demam, manakala LaVondria pula kehilangan deria rasa di mana ia mungkin merupakan gejala Covid-19.

Sklylar jatuh sakit pada bulan lalu selepas mengadu sakit kepala.

Dia kemudiannya menghidap meningitis yang jarang berlaku, di mana otaknya membengkak.

Kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhirnya dua minggu selepas bergantung kepada ventilator. - Metro.co.uk

Covid-19, anak perempuan, Michigan

Artikel Lain