KIRIBATI, negara yang terletak di Lautan Pasifik antara 13 negara di dunia yang diisytiharkan bebas wabak Covid-19. Negara yang merdeka daripada jajahan Birtish pada 1979 itu dipenuhi dengan tanaman pokok kelapa, lapor Star Online. Buah kelapa yang dikenali sebagai moimoto di kepulauan itu didakwa sebagai punca negara tersebut bebas pandemik berkenaan. Seorang guru sekolah rendah di Tarawa, Rooti Tianaira berkata:”Kami menggunakan moimoto untuk melindungi diri daripada virus. Ia kata dengan vitamin C dan vitamin A. “Nenek moyang kami dulu makan kelapa parut untuk sarapan pagi dan minum todi masam (jus kelapa yang difermentasi). Mereka kuat dan jarang sakit. “Jadi buah itu digunakan sebagai ubat untuk membina sistem imunisasi. Buah itu dijual di gerai sepanjang jalan, ” katanya. Namun perkara itu dianggap kepercayaan karut oleh seorang wartawan tempatan yang dikenali sebagai Mr Rimon. “Khabar angin mendakwa buah itu mampu menghalang koronavirus, ia sesuatu yang baharu untuk saya. “Mereka tidak tahu membezakan berita palsu, jadi mereka menyebarkan perkara tidak benar, ” katanya. - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!