SERAMAI 100 kanak-kanak di ‘kawasan panas’ koronavirus global, New York sedang bergelut melawan sakit melibatkan radang pembuluh darah yang membawa maut, dipercayai ada kaitan dengan koronavirus. Gabenor Negeri Andrew Cuomo pada Selasa berkata tiga kanak-kanak telah mati akibat penyakit itu setelah melawan gejala yang serupa dengan penyakit Kawasaki. Katanya, mangsa adalah dua budak lelaki masing-masing berusia lima tahun dan tujuh tahun serta seorang gadis berusia 18 tahun.ARTIKEL BERKAITAN: Demam berlarutan, bapa terkejut Google simptom Kawasaki selepas 5 hari anak di wad - “Sedih dia terpaksa makan ubat jantung orang dewasa” “Kita mempunyai kira-kira 100 kes penyakit radang melibatkan kanak-kanak mungkin disebabkan oleh virus Covid. Ini adalah sesuatu yang baru bermula... gejala yang ditunjukkan kanak-kanak ini dianalisis dengan penyakit Kawasaki atau sindrom kejutan toksik. “Ini adalah satu radang saluran darah dan boleh menjejaskan jantung. Jika kita mempunyai masalah ini di New York, kita mungkin mengalaminya di negeri lain. “Kanak-anak ini tidak menunjukkan simptom Covid yang biasa, bukan gejala pernafasan,” katanya. Gabenor itu bagaimanapun tidak berkongsi maklumat lebih lanjut mengenai ketiga-tiga kanak-kanak yang terbunuh akibat keadaan itu. Penyakit Kawasaki biasanya dapat disembuhkan dan dapat diatasi dengan ubat-ubatan biasa seperti aspirin. Penyakit ini jarang berlaku, dengan hanya 20,000 kes dicatatkan setiap tahun di AS. Daripada 100 kanak-kanak yang didiagnosis, 52 tinggal di New York, dengan 10 lagi kes disyaki sedang menunggu keputusan. Dari 62 kes yang sah dan disyaki di bandar paling ramai penduduk di Amerika Syarikat itu, 25 remaja telah positif Covid-19. Salah satu daripada tiga kematian itu melibatkan seorang kanak-kanak dari New York. Para penyelidik kini berusaha untuk mengesahkan sama ada kondisi ini adalah penyakit Kawasaki, serta cuba dan mewujudkan hubungannya dengan koronavirus. Cuomo berkongsi satu senarai kemungkinan gejala termasuk demam, mual, sakit perut, masalah pernafasan dan perubahan warna kulit dan memberi amaran kepada ibu bapa untuk segera mendapatkan bantuan perubatan jika mereka mengesyaki anak mereka mungkin dijangkiti. Koronavirus pada mulanya dipercayai tidak berbahaya bagi anak kecil, dengan kemungkinan komplikasi jauh lebih besar bagi pesakit berusia lebih dari 70 tahun. Tetapi peningkatan laporan mengenai kanak-kanak yang sakit dengan gejala seperti penyakit Kawasaki di seluruh dunia telah mencetuskan kebimbangan ramalan yang dibuat bahawa kanak-kanak tidak berisiko mengalami komplikasi serius adalah terlalu awal. -MetroUKNak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!