suria

Kajian dedah koronavirus serang seluruh tubuh termasuk otak, jantung

Petugas kesihatan melakukan pemeriksaan imbasan terhadap seorang kanak-kanak.

PAKAR kini percaya koronavirus bukan hanya menyerang paru-paru tetapi seluruh tubuh termasuk otak, buah pinggang, jantung dan saraf.

Ini berikutan pertambahan kes positif Covid-19 di kalangan kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS).

Minggu ini tiga kanak-kanak di New York dilaporkan meninggal dunia dan 73 lagi mengalami simptom keradangan yang ada kaitan dengan wabak itu.

Sindrom keradangan ini turut mencetuskan gejala serupa dengan penyakit Kawasaki.

Tiga yang maut merupakan dua murid sekolah rendah dan seorang remaja.

Kesemua mereka berasal dari daerah yang berbeza.

Saintis dan penyelidik cuba mengenali pasti secara terperinci mengenal wabak itu dan kajian terbaru mendapati virus tersebut boleh menyerang seluruh tubuh badan.

Simptom termasuk demam panas berpanjangan, jantung berdebar, ruam dan sakit perut kronik.

Virus itu juga boleh menyebabkan konjungtivitis, lapor New York Post. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain