suria

Wanita kecewa posmen henti hantar surat ke kediamannya selepas positif Covid-19

Bilbo menerima sekeping nota memaklumkan posmen menghentikan seketika penghantaran surat ke kediamannya.

SEORANG wanita terkejut apabila dimaklumkan penghantaran surat ke rumahnya akan dihentikan seketika kerana dia disahkan positif Covid-19.

Pamelo Bilbo, 65, yang menetap di Smithville, Texas dimaklumkan mengenai perkara itu menerusi sekeping nota yang ditinggalkan di peti suratnya.

"Mereka kata akan menghentikan penghantaran surat buat sementara waktu kerana seseorang disahkan positif Covid-19 di alamat ini," kata Bilbo.

Bilbo memberitahu dia mula bimbang mengenai bil selain ubat kanser adiknya yang dihantar ke alamat rumahnya.

"Saya tidak tahu mengapa mereka fikir mereka ada hak untuk menghentikan penghantaran surat ke alamat rumah saya," katanya.

Wanita itu berkata dia sudah menghubungi pejabat pos tetapi tiada sebarang penjelasan diberikan.

Bilbo kemudian menghubungi KXAN News dan penyiasat menerima satu kenyataan daripada pejabat pos memaklumkan nota yang ditinggalkan itu satu kesilapan.

"Kami minta maaf di atas segala kesulitan yang dialami pelanggan. Menyedari kesilapan itu, pihak kami mengesahkan penghantaran surat akan diteruskan seperti biasa," demikian menurut kenyataan daripada pejabat pos.

Jurucakap polis Bastrop berkata mereka tidak pernah mengeluarkan arahan untuk menghentikan penghantaran surat kepada Bilbo. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

posmen, Covid-19, pejabat Pos

Artikel Lain