TERDAPAT bukti meyakinkan bahawa vaksin BCG dapat dapat mencegah jangkitan Covid-19 ke atas manusia. Vaksin yang dihasilkan untuk mencegah penyakit tuberkulosis (TB) biasanya diberikan kepada remaja berusia 14 tahun di Britain sejak 50 tahun lalu. Namun program vaksin tersebut dihentikan pada 2005 selepas kes TB menjunam. Kini saintis sedang meneliti data untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan vaksin tersebut dengan membandingkan kadar inokulasi BCG dengan angka jangkitan dan kematian akibat jangkitan Covid-19. Menurut kajian penyelidikan sebuah universiti di Amerika Syarikat mendapati wujud hubungan signifikan antara vaksin dengan kadar kematian yang lebih rendah di seluruh dunia. Kajian itu juga dibuat dengan mengambil kira beberapa faktor lain seperti kadar kemiskinan. Berdasarkan kajian itu, setiap peningkatan 10% dalam jumlah BCG terdapat sekitar 10.4% penurunan kematian akibat Covid-19. Ini bermaksud individu berusia 30 dan 80 tahun yang menerima suntikan itu di sekolah boleh dilindungi daripada jangkitan tersebut. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!