suria

Suka bergaya seperti remaja, wanita 56 tahun dianggap tua tak sedar diri

Kata Lonni, dia hanya mahu memberi inspirasi bahawa fesyen tak mengenal usia.

SEORANG wanita berusia 56 tahun yang gemar berpakaian seperti remaja meraih lebih 375,000 pengikut di TikTok.

Lonni Pike yang sentiasa tampil dengan gaya muda cukup yakin dengan dirinya.

Dalam pada itu, dia turut menerima komen kecaman menerusi TikTok.

"Kamu terlalu tua untuk berpakaian seperti remaja," tulis seorang individu.

Kata Lonni, dia hanya mahu memberi inspirasi bahawa fesyen tak mengenal usia.

"Saya mahu tunjukkan bahawa anda boleh jadi diri sendiri.

"Kebebasan datang dalam diri anda, bukan luaran.

"Saya tak benarkan sebarang unsur negatif dalam hidup ini.

"Kehidupan saya milik saya, tiada pengkritik dibenarkan masuk dalam hidup saya," ujarnya. - Bored Panda.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain