UNIT rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Mesir menyaksikan kematian tujuh pesakit Covid-19 yang mana timbul dakwaan kononnya ia berpunca daripada ketiadaan bekalan oksigen. Rakaman kejadian di hospital yang terletak di Ash Sharqia itu juga menjadi tular sehingga meraih perhatian ramai. Dalam video tular itu, kakitangan hospital kelihatan bertungkus-lumus memberikan bantuan pernafasan kepada pesakit. Laporan menyatakan tujuh pesakit maut dalam insiden itu. Kecuaian kerajaan dan rasuah menjadi isu yang diperdebatkan, yang mana ia disebut sebagai punca kepada kejadian tersebut. Namun, Menteri Kesihatan Mesir, Hala Zayed menafikan dakwaan berkenaan. Ujarnya, kenyataan kononnya pesakit mati akibat kekurangan bekalan oksigen di hospital adalah tidak tepat. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!