suria

Budak 7 tahun miliki berat 7 kg, keluarga tak mampu bayar kos rawatan hospital

Selain kekurangan zat, budak lelaki malang itu turut menghidap Cerebral Palsy (CP).

IMEJ memaparkan seorang budak lelaki berusia yang memiliki berat badan tujuh kilogram (kg) di Yemen tular menerusi media sosial.

Faid Samim, 7, yang lumpuh dirakam sedang terbaring di atas katil di sebuah hospital yang terletak di daerah Sanaa.

Sebelum ini, keluarganya terpaksa melalui perjalanan 168 kilometer (km) untuk membawanya ke hospital.

"Dia hampir meninggal dunia, namun syukur pada tuhan, kami berjaya membantu dan dia mula menunjukkan perubahan positif," ujar Rageh Mohammed, doktor yang menguruskan kanak-kanak itu.

Selain kekurangan zat, budak lelaki malang itu turut menghidap Cerebral Palsy (CP).

Lebih pilu, keluarga Faid juga tidak mampu untuk membayar kos perubatannya.

Kini, mereka hanya bergantung dengan sumbagan orang ramai sahaja. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain