suria

Wanita keliru, akui salah sebut nama sendiri sejak kecil

Dia ada berkongsi hal berkenaan dengan ibu-bapanya, namun mereka sedih dan tidak suka akan sebutan baharu yang tepat itu.

SEORANG wanita tampil berkongsi kisahnya di internet sehingga mencuri tumpuan ramai.

Ujarnya, dia baru sahaja belajar menyebut namanya dengan betul.

Malah katanya, selama ini dia menyebut namanya dengan salah.

"Mak ayah namakan saya Saoirse yang juga watak dalam sebuah buku. Mak fikir nama itu unik.

"Sejak kecil, ia disebut sebagai 'Say-or-cee' oleh kami semua. Ayah pun tak pernah dengar nama itu.

"Suatu hari saya sedar ada seorang pelakon memiliki ejaan nama sama dengan saya. Tapi ia disebut 'Sur-sha' oleh semua orang," kata wanita itu menerusi Reddit.

Kata wanita itu, dia ada berkongsi hal berkenaan dengan ibu-bapanya, namun mereka sedih dan tidak suka akan sebutan baharu yang tepat itu. - Mirror.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain