BUKAN mudah untuk menghadapi hakikat kehilangan sebelah mata. Namun wanita ini enggan terus menjadikan kekurangan diri sebagai penghalang untuknya memotivasikan individu lain, khususnya mereka yang senasib. Olivia Deane kehilangan sebelah matanya kerana retinoblastoma, iaitu sejenis penyakit kanser mata yang menyebabkan matanya terpaksa dibuang ketika dia berusia 15 tahun. Dikatakan mirip selebriti terkenal, Kim Kardashian, wanita ini kemudian menggunakan media sosial Instagram untuk bercerita mengenai perjalanan hidupnya dalam mendepani penyakit itu, sekaligus menyebarkan mesej positif kepada mereka yang senasib. Tanpa rasa ragu dan segan, Olivia turut memuat naik gambar ketika dia menanggalkan mata palsu yang dipakainya. Siapa sangka, pembantu penjagaan berusia 23 tahun dari Horsham, West Sussex, itu juga telah bertemu dengan cinta hatinya sejak dia aktif di Instagram. Olivia bertemu dengan teman lelakinya yang berusia 24 tahun, Max pada Februari 2020. "Saya ingin menolong kanak-kanak yang juga menghidapi retinoblastoma dan menunjukkan kepada mereka bahawa semuanya akan baik-baik saja, dan kehidupan akan menjadi lebih baik," katanya lagi. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!