suria

Ibu mabuk, keluar cari kokain... anak umur 9 tahun maut dibaham anjing

Frankie MacRitchie, 9, maut dibaham seekor anjing baka pitbull pada April 2019.'

TAK siapa pernah menyangka hayat si comel ini akan berakhir dengan penuh tragis.

Namun, itulah yang berlaku terhadap Frankie MacRitchie, 9, dari Plymouth, England apabila dia maut dibaham seekor anjing baka pitbull pada April 2019.

Kisah kematian kanak-kanak itu kembali mendapat perhatian gara-gara inkues mahkamah yang berlangsung baru-baru ini.

Ketika kejadian, kanak-kanak itu ditinggalkan dalam sebuah van sebelum dia maut dibaham anjing milik rakan ibunya.

Pada waktu itu, ibunya keluar mencari kokain dan turut berada dalam keadaan mabuk.

Kanak-kanak itu akhirnya ditemui dalam keadaan berlumuran darah di atas lantai dan sudah meninggal di tempat kejadian.

Sejurus kejadian tersebut, anjing yang diberi nama Winston itu turut dirampas oleh pihak berkuasa.

Pada Jun tahun lalu, ibu mangsa, Tawney Willis mengaku bersalah dan sudah dipenjara dua tahun atas kesalaan cuai.

Rakan ibunya pula dipenjara tiga tahun kerana pemilikan haiwan itu dan diharamkan membela anjing selama 10 tahun. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain