suria

Ingat beg sampah! Usahawan nyaris berputih mata selepas tak sengaja buang wang tunai hampir RM90,000

Ahli perniagaan itu tanpa sengaja membuang beg plastik berisi wang tunai kerana menyangka ia sampah. Gambar hiasan

SEORANG ahli perniagaan secara tidak sengaja terbuang wang tunai berjumlah £16,000 (RM89,737) kerana menyangka ia adalah beg yang mengandungi sampah.

Usahawan dari kepulauan Lemnos di Greece itu memasukkan wang tunai ke dalam dua beg plastik sampah dengan niat untuk didepositkan ketika melawat cawangan perniagaannya kelak.

Ketika dalam perjalanan ke premis perniagaannya, dia berhenti di sebuah tong sampah besar untuk membuang sampahnya.

Tanpa disedarinya, dia turut membuang dua beg berisi wang tunai itu, sebelum meneruskan perjalanan ke kedainya.

Dia hanya menyedari kesilapannya apabila mendapati dua beg plastik berisi wang tunai itu tiada.

Tanpa berlengah, dia segera pergi semula ke tong sampah besar dan menjejaki lori sampah bersama dengan pekerja majlis perbandaran.

"Kami mula mengorek semua sampah dan akhirnya menemui beg wang tunai pertama.

"Kami tidak menemui beg kedua, jadi lori sampah itu menghamburkan sampah di tepi jalan dan kami menggali setiap beg sampah, sebelum menemui plastik kedua yang berisi wang tunai," katanya. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

beg sampah, terbuang duit, usahawan

Artikel Lain