suria

Pertama kali jumpa selepas kenal secara online, wanita ini terkejut gigi palsu pasangannya tercabut

Dia mendakwa gigi palsu lelaki itu tercabut ketika mereka sedang menjamu selera.

SEIRING peredaran zaman, cara orang mencari jodoh juga sudah berubah.

Dengan lambakan aplikasi cari jodoh dan media sosial, anda boleh berkenalan dengan sesiapa sahaja dari seluruh pelusuk dunia.

Baru-baru ini, seorang wanita tampil berkonsi kisahnya yang berkenalan dengan seorang lelaki menerusi aplikasi Tinder.

Menurut wanita yang menggunakan nama @amesburg83 itu, dia mula berkenalan dengan seorang lelaki selepas berpindah ke Indiana, Amerika Syarikat.

Ketika makan malam pertama mereka, dia mendakwa gigi palsu lelaki itu tercabut ketika mereka sedang menjamu selera.

"Ketika makan, gigi lelaki itu jatuh atas meja. Dia ambil gigi itu dan pakai semula," cerita wanita itu menerusi TikTok.

Lebih teruk, lelaki itu terkecing di dalam kereta ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah.

Perkongsian wanita itu turut meraih lebih 70,000 tontonan.

Selain simpati dengan nasibnya, ada netizen mengakui terhibur dengan kisah itu. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain