suria

YouTuber cantik berusia 21 tahun ditemui mati, lama menderita gara-gara jadi mangsa buli siber

Gadis itu mempunyai lebih sejuta pengikut di platform Instagram, YouTube dan Twitch. Foto: Newsflash.

SELAIN buli secara fizikal, penderaan emosi dan mental juga boleh memberi kesan buruk kepada seseorang individu.

Begitulah kisahnya mengenai Kristina 'Kika' Dukic, 21, yang ditemui mati bunuh diri selepas bertahun menjadi mangsa buli siber.

YouTuber terkenal itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kediamannya di Belgrade, Serbia, pada 8 Disember lalu.

Dia yang mempunyai lebih sejuta pengikut di platform Instagram, YouTube dan Twitch sudah bertahun menjadi mangsa kecaman netizen.

Beberapa posting terbaharu di media sosial turut membongkar derita gadis itu yang berhadapan buli siber sejak beberapa tahun lalu.

Dalam satu rakaman video, mangsa berkata, walau apa jua kebaikan yang dilakukannya, ia pasti tidak sempurna pada mata semua orang. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain