suria

Indonesia dilanda gempa berukuran 7.5 skala Richter, amaran tsunami dikeluarkan

Orang ramai lari menyelamatkan diri.

GEMPA bumi kuat berukuran 7.5 pada skala Richter menggegarkan bahagian timur Indonesia pada Selasa (14 Dis) sehingga mencetuskan amaran tsunami.

Seorang individu cedera akibat bencana alam itu, menurut pihak berkuasa.

Amaran tsunami ditarik balik sekitar dua jam selepas gempa tersebut melanda sekitar 10.20 pagi waktu tempatan di Laut Flores, sekitar 112km dari barat laut bandar Larantuka, di bahagian timur Pulau Flores.

"Semua orang melarikan diri ke jalan raya," menurut Agustinus Florianus, penduduk bandar Maumere di Flores, kepada Reuters.

Maumere sebelum ini rosak binasa akibat gempa bumi yang sama hebatnya pada tahun 1992.

Amaran tsunami dikeluarkan di kawasan Maluku, Nusa Tenggara Timur, Nusa Tenggara Barat dan Sulawesi Tenggara serta Sulawesi Selatan.

Menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat, gempa berukuran 7.5 pada skala Richter itu melanda pada kedalaman 12km.

Gempa tersebut bagaimanapun tidak mencetuskan sebarang kenaikan pada paras air laut. - Beritamediacorp

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

gempa bumi, tsunami, cedera, indonesia

Artikel Lain