ARAB Saudi melancarkan satu inisiatif yang membolehkan para bakal jemaah menyentuh Hajar Aswad secara maya. Inisiatif "Virtual Black Stone" (Hajar Aswad maya), yang dilancarkan oleh pihak berkuasa Jabatan Tapak Suci Islam itu, membolehkan batu hitam tersebut disentuh secara maya menerusi kemudahan teknologi realiti maya atau VR, lapor middleeast.in-24. Inisiatif tersebut dilaporkan dilancarkan oleh Presiden Umum Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr. Abdul Rahman bin Abdulaziz Al-Sudais di pejabatnya. Sheikh Dr. Abdul Rahman berharap inisiatif tersebut dapat mewujudkan simulasi keadaan sebenar. Beliau juga menekankan pentingnya untuk mewujudkan suasana alam maya untuk merangsang sebanyak mungkin deria seperti daya penglihatan, pendengaran, sentuhan dan suasana di sekelilingnya. - BeritamediacorpDapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI