suria

'Tarian' terakhir, timbunan batu karang terdampar di pantai Australia

Timbunan tersebut dipercayai terkeluar dari laut ketika air pasang besar.

PENEMUAN timbunan misteri yang dipenuhi haiwan seperti batu karang di pesisir Pantai Greenhills di Sydney, Australia mengejutkan penduduk sekitar.

Malah ia bergoyang seperti sedang berada di dalam laut.

Menurut juruvideo Vicki Hansen, timbunan 'hidup' itu ditemui ketika dia sedang berjalan bersama anjingnya pada pagi Sabtu.

"Saya melihat terdapat 'haiwan' yang tergantung lemas pada timbunan. Tetapi ketika membongkok untuk melihat lebih jelas, kelihatan beberapa daripada haiwan tersebut bergerak... hampir seperti tarian perlahan.

"Ia berkemungkinan hampir mati kerana terkeluar daripada laut dan pergerakan perlahan itu mungkin 'tarian maut' terakhir mereka.

"Walaupun agak pelik tetapi ia begitu cantik sekali," katanya kepada Yahoo News Australia.

ARTIKEL BERKAITAN: Berpuluh-puluh hidupan laut aneh terdampar di pantai Australia

Bagi salah seorang pengunjung pula, dia berharap air laut pasang akan membawa hidupan tersebut kembali ke laut.

Bagaimanapun, sehari kemudian, timbunan haiwan berkenaan kelihatan seolah-olah telah mati kerana tiada sebarang pergerakan. - Mirror.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain