suria

Nekad 'langgar' tradisi di India, pelajar wanita pandu bas secara percuma

Ann gembira apabila berpeluang memandu bas sejak lapan bulan lalu.

SEMAKIN ramai wanita muda di seluruh India melanggar pantang larang sosial apabila mereka nekad untuk bekerja dan melakukan perkara yang paling disukai.

Seperti yang dilakukan pelajar undang-undang berusia 21 tahun dari Kochi, dia akhirnya berjaya memecahkan stereotaip dan memilih untuk memandu bas secara percuma.

Ann Mary Ansalen, yang belajar di Kolej Undang-undang Ernakulam memandu bas Hey Day pada setiap Ahad dan bergerak melalui jalan Kakkanad-Perumbadappu yang sibuk.

Malah sudah lapan bulan dia melakukan aktiviti itu iaitu selepas kelas pengajian tamat.

Mengakui dirinya meminati jentera berat, dia berharap diberi peluang suatu hari nanti dan tidak sangka berjaya melakukannya pada masa ini.

"Saya tergila-gilakan kenderaan besar dan berat seperti lori, trak dan bas. Itulah sebabnya saya memandu bas secara percuma,” katanya kepada The New Indian Express.

Dia mula mempelajari teknik memandu ketika berusia 15 tahun iaitu semasa menaiki Royal Enfield Bullet milik bapanya. - India Times

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain