suria

Cacar monyet dikaitkan dengan bengkak zakar, pendarahan dubur... Menteri Kesihatan Sepanyol umum kes kematian pertama

Pesakit melaporkan mereka alami bengkak zakar, bengkak tonsil dan pendarahan dubur. Foto: Getty Images/iStockphoto.

SESETENGAH lelaki yang dijangkiti cacar monyet melaporkan mereka mengalami pendarahan dubur serta bengkak zakar.

Perkara itu didedahkan menerusi satu kajian terbaharu apabila penyakit itu menjangkiti mangsa pertamanya di Eropah.

Pada 29 Julai, Kementerian Kesihatan Sepanyol berkata seorang individu telah meninggal dunia akibat penyakit itu.

Ia merupakan kes kematian pertama yang diketahui di Eropah dan hanya yang kedua di luar Afrika dalam jangkitan semasa yang sedang menular pada masa ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Malaysia tinggal di Singapura kena cacar monyet... Lawat JB, P.Pinang sebelum disahkan positif

Lima kematian yang dilaporkan sebelum ini semuanya di negara Afrika dan penyakit itu sendiri adalah endemik di benua itu.

Julia Bilinska di Guy's and St Thomas' NHS Foundation Trust di London menyenaraikan simptom 197 orang, semuanya lelaki, yang diuji positif untuk cacar monyet antara Mei dan Julai, mendapati 71 melaporkan sakit dubur dan 31 melaporkan bengkak zakar.

Dua puluh peserta dalam kajian itu dimasukkan ke hospital, dengan lapan kemasukan untuk sakit dubur dan lima untuk bengkak zakar.

Sembilan daripada lelaki itu menunjukkan satu lagi simptom cacar monyet iaitu tonsil bengkak. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain