suria

Bekas ratu cantik kantoi menyamar jadi peguam, sanggup menipu demi jumpa kekasih dalam tahanan imgiresen

Strout menipu untuk masuk ke pusat tahanan imigresen demi bertemu dengan kekasihnya.

BEKAS ratu cantik Julianna Clare Strout dihadapkan ke mahkamah kerana menyamar sebagai peguam untuk bertemu dengan kekasihnya yang ditahan di pusat tahanan imgigresen di Miami.

Menurut pendakwa raya persekutuan, bekas pemenang Miss Rhode Island itu mendakwa dia bekerja untuk sebuah firma guaman.

Strout menipu ejen persekutuan untuk masuk ke pusat tahanan berkenaan atas alasan perlu berjumpa lelaki itu bagi menandatangani dokumen undang-undang pada Oktober tahun lalu.

Strout pada Khamis lalu mengaku bersalah kerana berbohong kepada ejen persekutuan untuk masuk ke pusat tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Dahulu digelar hodoh, kini ratu cantik! Bangga dapat teruskan 'tradisi' model

Menurut perbicaraan kes itu, Strout pergi ke pusat tahanan itu sebanyak tiga kali untuk berjumpa dengan kekasihnya, lapor New York Post.

Dia kemudiannya dijatuhkan hukuman tempoh pengawasan selama setahun dan 50 jam khidmat masyarakat.

Untuk rekod, Strout menyertai pertandingan Miss Rhode Island/Miss America pada tahun 2009 dan meraih gelaran juara.

Dia kemudiannya mewakili negeri New England dalam Miss America Pageant. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain