MALANG nasib seorang gadis apabila perjalanannya untuk pulang ke rumah pada petang Khamis lalu bertukar menjadi peristiwa yang pahit dalam hidupnya. Gadis itu baru sahaja selesai mengikuti pengajian di sebuah madrasah di Kampung Sakatipara, Bangladesh sebelum dia diseret dua orang lelaki ke kebun teh. Dua lelaki itu cuba untuk merogolnya namun gagal kerana mangsa menjerit kuat. Mereka kemudiannya melarikan diri kerana bimbang ditangkap oleh penduduk kampung. ARTIKEL BERKAITAN: Rogol 6 kali, kasanova perdaya wanita terima padah Selepas pulang ke rumah, mangsa mengadu hal itu kepada keluarga sebelum satu laporan polis dibuat pada hari kejadian. Pada Jumaat pagi, dua pelaku iaitu Firoj Ali, 27, dan Maruf Hossain, 21, ditangkap oleh pihak berkuasa. Mereka dibawa ke Mahkamah Panchagarh sebelum Majistret Kehakiman Md Asrafuzzaman meluluskan perintah agar mereka terus dihantar ke penjara pada hari yang sama. - The Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI