SEPASANG suami isteri, Firdaus, 42, dan Badriah, 38, hidup dalam serba kemiskinan sehingga terpaksa memberi sembilan anak mereka makan nasi berlaukkan garam. Bukan itu sahaja, sembilan anak yang masih kecil ini juga sering disuruh berpuasa apabila ibu dan bapa mereka tiada duit untuk membeli beras. Jika tidak tahan untuk menahan kelaparan, anak-anak pasangan ini akan menangis. Keluarga ini hanya tinggal di sebuah bilik sempit berukuran 3 x 5 meter di Tanjungkarang Barat, Bandar Lampung, Indonesia. Firdaus bekerja sebagai tukang pasang batu nisan dan pendapatannya tidak cukup untuk membiayai sembilan anaknya. ARTIKEL BERKAITAN: Miskin tak halang kejayaan! 13 tahun membesar di rumah anak yatim, kini berjaya genggam PhD Kadang-kadang Badriah hanya memberi anaknya air putih atau teh yang dicampur sebuku roti dan dibahagi sama rata kepada sembilan anaknya untuk bertahan. Pendapatan Firdaus tidak tetap dan hanya akan dibayar upah Rp75,000 ((RM22.75) jika ada penduduk yang memerlukan khidmatnya. Bilik tempat mereka tinggal sudah empat bulan tidak dibayar sewa. Lebih memilukan, salah seorang anak mereka juga harus dirawat di hospital kerana memerlukan rawatan intensif. "Beras kadang-kadang beli per kilo dan ada juga orang bagi. Cukup atau tidak harus dicukupkan. Sayur pun adakala orang bagi, kalau tak ada duit tak boleh beli apa-apa,” kata Badriah. Firdaus dan Badriah berharap mendapat perhatian daripada pihak bertanggungjawab. - Okezone. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI