suria

Jalin hubungan dengan 8 lelaki, wanita bangga miliki 11 anak berlainan bapa

Phi mempunyai 11 orang anak, hasil daripada hubungannya dengan lapan lelaki.

SEORANG wanita Amerika Syarikat (AS) kesal apabila perjalanan hidupnya yang mempunyai ramai anak sering dipandang serong oleh insan sekeliling.

Menurut Phi, dia menerima kata-kata kurang enak daripada masyarakat kerana mempunyai 11 anak berlainan bapa.

Wanita dari Memphis, Tennessee itu berkata, semua cahaya matanya merupakan hasil perkongsian hidup bersama lapan lelaki berbeza sepanjang hidupnya.

Bercerita lanjut, Phi berkata dia kini sukar mencari suami kerana tiada lelaki yang memahami situasi dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima kali bersalin kembar, suami anggap isteri tak normal... ‘Cabut lari’ kerana enggan pikul tanggungjawab bapa kepada 10 anak

Dia juga mengakui sudah penat untuk memberikan penjelasan mengenai kisah hidupnya yang rumit.

Dalam pada itu, Phi berkata dia tidak pernah serik, malah bersedia untuk melahirkan lebih ramai anak pada masa akan datang,

"Saya kalau boleh nak ada 19 orang anak, ada 30 orang anak pun tak apa," ujarnya berseloroh.

Phi menjadi perhatian selepas dia berkongsi mengenai kisah hidupnya menerusi media sosial. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain