SEORANG pekerja di China maut tejunam selepas rakan sekerjanya yang cuai mengalihkan jubin kaca untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Pekerja yang bertanggungjawab difahamkan sedang menikmati waktu rehatnya tetapi lupa untuk menutup lubang dari jubin yang dialihkan dengan kain. Kejadian berlaku di tingkat empat pusat beli-belah Global Harbor di Shanghai di timur China pada 2 Disember. Berdasarkan rakaman litar tertutup (CCTV), dapat diperhatikan sekumpulan pekerja sedang berehat di penghujung jambatan gelas tersebut. Pekerja itu dilaporkan mengalihkan jubin kaca itu untuk menggantikannya dengan yang baharu tetapi berhenti seketika untuk waktu rehat, meninggalkan satu lubang yang besar di pertengahan jambatan. Mangsa bagaimanapun tidak perasan akan lubang itu kerana sedang bercakap dengan seseorang melalui telefon bimbitnya. Menyangka jambatan gelas itu mempunyai jubin sehingga ke penghujung, dia akhirnya terjerumus ke pengakhiran hidupnya. - The Sun Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI