TRAGIS! Seorang bayi berusia setahun lima bulan mengalami kecederaan di bahagian kakinya disebabkan sebutir peluru sasar. Kejadian berlaku ketika ibu bapanya sedang tidur di kediaman mereka, pada jam 2 pagi waktu tempatan. Video yang dimuat naik oleh Kabarnegri di Instagram menjelaskan tentang kaki mangsa yang terkena peluru sasar itu. Difahamkan, kejadian berlaku di Desa Kuripan, Lampung, Indonesia. Menurut bapa mangsa, Rahman, dia sendiri langsung tidak mendengar sebarang bunyi ketika sedang nyenyak tidur semasa kejadian. “Sejujurnya saya tak dengar apa-apa kerana saya sedang tidur nyenyak namun isteri saya kata dia dengar seperti bunyi ada sesuatu jatuh dari atas. “Kami tidak fikir langsung pasal peluru sebab ketika itu pukul 2 pagi dansemua orang sedang tidur. “Ingat anak menangis sebab nak susu, kami bangun tengok kaki dia dah berdarah,” katanya ketika ditemubual. Bimbang dengan keadaan anaknya, pasangan itu kemudian membawa bayi berkenaan ke Hospital Urip Sumoharjo untuk menerima rawatan kecemasan. Bagaimanapun, si bapa telah membuat laporan polis di Bandar Lampung berhubung kejadian berkenaan. Keputusan siasatan mendapati peluru berwarna emas berkenaan ditembak dari siling rumah dan terkena mangsa. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI