suria

Budak 12 tahun digelar mini Bruce Lee, mampu buat ‘push up’ dengan 2 jari

Ryusei menjadikan Bruce Lee sebagai idolanya.

SEORANG ahli bina badan berusia 12 tahun diberi gelaran mini Bruce Lee kerana memiliki kekuatan luar biasa.

Ryusei Imai dari Jepun menjadi perhatian ramai gara-gara kemampuannya melakukan 'push up' menggunakan dua jari sahaja.

Disebabkan itu, dia meraih populariti sehingga bergelar bintang televisyen di negaranya.

Bercerita mengenai dirinya, Ryusei berkata dia sering menerima pujian rakan-rakan apabila membuka baju di hadapan mereka.

"Ketika kelas Pendidikan Jasmani, saya akan tukar baju di hadapan rakan-rakan. Mereka sentiasa puji otot pada badan saya," ujarnya.

Menurut Ryusei, dia berterima kasih kepada ibu bapanya yang memperkenalkan Bruce Lee sehingga membuatkan dia nekad untuk membina badan seperti idolanya itu.

"Saya buat banyak kesilapan ketika awal-awal dulu. Tapi sekarang saya makin baik. Saya boleh tiru aksi dalam filem," ujarnya lagi. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain