suria

Kru kabin lempar selimut untuk tutup dada, wanita sedang menyusu bayi dalam pesawat akui rasa terhina

Golongan ibu berkongsi kisah tentang cabaran melancong bersama anak kecil. Foto: Getty Images/iStockphoto.

BERCUTI dengan anak kecil sememangnya memberi cabaran besar buat golongan ibu bapa.

Terbaharu, seorang wanita berkongsi cerita mengenai pengalamannya menaiki sebuah pesawat bersama bayinya.

Menurut Priya, 27, dia berasa terhina apabila seorang kru kabin lelaki melemparkan sehelai selimut kepadanya.

Ketika kejadian, dia sedang menyusu anaknya di tempat duduk dalam pesawat berkenaan.

"Seorang kru lelaki membaling selimut ke arah saya kononnya agar saya lebih selesa," dedah Priya yang terkilan dengan tindakan kasar itu.

Dia berkongsi pengalaman berkenaan dengan pakar pengembaraan melalui eShores.

Selain Priya, ramai ibu bapa lain turut berkongsi pengalaman mereka sepanjang melancong bersama anak kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: Susu ibu makin sikit ketika berpuasa, badan pula letih melampau... Ikuti tip ini agar tetap cergas dan bertenaga

Menurut seorang lagi wanita, dia terpaksa masuk ke dalam tandas pesawat untuk menyusu bayinya.

Menurut Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), golongan ibu boleh menyusu di mana sahaja lokasi yang bersesuaian buat mereka.

"Adalah menyalahi undang-undang bagi sesiapa sahaja untuk meminta wanita menyusu meninggalkan tempat awam, seperti kafe, kedai atau pengangkutan awam," tulis NHS di laman web rasmi mereka.

Laman web gov.uk menyatakan: "Apabila melakukan perjalanan dengan bayi, anda dibenarkan mengambil makanan bayi yang mencukupi, susu bayi dan air yang disterilkan untuk perjalanan.

"Tiada had undang-undang untuk jumlah yang boleh anda ambil namun semak dengan lapangan terbang sebelum anda melakukan perjalanan." - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain