LELAKI yang mempunyai libido rendah berisiko lebih dua kali ganda untuk mengalami kematian awal berbanding rakan sebaya mereka, dedah satu kajian. Penyelidik berkata, kekurangan minat dan dorongan seksual yang berterusan boleh menjadi petanda tabiat buruk seperti merokok, minum atau makan berlebihan yang meningkatkan risiko penyakit kronik. Mereka melihat rekod perubatan dan jawapan tinjauan lebih daripada 20,000 lelaki dan wanita di Jepun selama lebih sedekad. Keputusan menunjukkan lelaki berusia lebih 40 tahun yang mempunyai libido rendah hampir dua kali ganda berkemungkinan mati akibat kanser. Penemuan itu menunjukkan jawapan sama walaupun selepas saintis mengambil kira tabiat merokok, penggunaan alkohol, BMI, keadaan kesihatan asas, tahap senaman dan pembolehubah lain. ARTIKEL BERKAITAN: Korea Selatan rekod kematian pertama, ini 12 fakta tentang ‘ameba pemakan otak’ yang anda perlu tahu ARTIKEL BERKAITAN: Saintis di Rusia cuba ‘hidupkan’ virus purba, ramai bimbang pandemik akan landa dunia sekali lagi Para saintis membuat andaian bahawa tabiat gaya hidup yang buruk mengurangkan dorongan seks lelaki. "Walaupun aktiviti seksual dan kepuasan seksual dianggap memberi manfaat kepada kesihatan psikologi dan kesejahteraan dalam kumpulan yang lebih tua, hubungan antara minat seksual dan umur panjang belum dikaji," ujar pengarang kajian dari Universiti Yamagata. Kekurangan minat dan dorongan seksual yang berterusan boleh menjadi tanda tabiat buruk seperti merokok. Kajian itu yang diterbitkan dalam jurnal PLOS One, adalah yang pertama mengkaji hubungan antara libido dan kematian. Dalam sampel 20,969 sampel melibatkan 8,558 lelaki dan 12,411 perempuan, para saintis mengkaji hasil pemeriksaan kesihatan orang ramai semasa mereka diminta mengisi soal selidik minat seksual. Walaupun banyak negara maju seperti Kanada mempromosikan kesihatan seksual sebagai kunci untuk warga emas kekal sihat, negara lain termasuk Jepun dilihat lebih prejudis tentang seks dalam kalangan warga tua berbanding di dunia Barat. "Kami berharap penemuan kami akan membantu mempromosikan kesihatan awam dengan menyokong seksualiti di Jepun," kata saintis lagi. - Daily Mail. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI