suria

10 tip berguna elak serangan anxiety ketika memandu... Salah satunya kekal tenang kalau kena hon

Seorang wanita dibantu skuad penyelamat selepas diserang 'anxiety' ketika memandu.

BEBERAPA hari lalu, tular mengenai kisah seorang pemandu wanita yang terpaksa menghentikan kereta dipandunya di tengah jalan gara-gara diserang rasa cemas melampau atau 'anxiety attack'.

Kejadian yang berlaku di Jalan Kuching menghala ke Selayang.

itu sekaligus mencetuskan kekecohan kerana situasi berkenaan mengakibatkan trafik sesak.

Bagaimanapun, hasil usaha pantas skuad penyelamat, anggota trafik, pasukan Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) DBKL serta PDRM, situasi dapat dikawal dengan segera.

Anxiety adalah jenis kondisi kesihatan mental atau disebut sebagai gangguan kecemasan melampau.

Dipetik dari Cleveland Clinic, anxiety mengakibatkan seseorang sulit menjalani aktiviti harian.

Gejala anxiety antara lainnya adalah perasaan gugup, panik dan takut dan jantung berdegup dengan pantas.

anxiety 2

Seeloknya pastikan emosi berada dalam keadaan yang stabil sebelum memandu. Gambar hiasan

Terdapat beberapa jenis anxiety iaitu gangguan kecemasan umum (generalized anxiety disorder), serangan panik, fobia dan gangguan rasa takut akan kehilangan (separation anxiety).

Kebiasaannya seseorang akan mengalami rasa cemas atau gugup jika berdepan dengan situasi seperti masalah di tempat kerja, temu bual, ujian, atau ketika membuat keputusan penting.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Tengah jalan hilang pertimbangan, menggigil” - Diserang anxiety masa memandu, wanita terus telefon polis minta bantuan

Namun, adalah bahaya sekiranya serangan anxiety berlaku ketika saat-saat yang memerlukan tumpuan seperti memandu.

Seorang pengamal perubatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi 10 tip yang boleh dilakukan untuk mengurangkan tahap anxiety ketika memandu:

1) Sentiasa bersedia dengan lorong laluan misalnya jika bimbang tersesat atau terkeliru, seeloknya gunakan aplikasi navigasi ketika memandu

2) Elakkan memandu dalam keadaan emosi yang kurang stabil. Dinasihatkan untuk berhenti seketika di tempat yang selamat jika sedang memandu.

Tunggu sehingga emosi mulai reda sebelum memulakan semula pemanduan

3) Jika merasakan anxiety mula menyerang dan mengalami simptom-simptom anxiety, cuba lakukan senaman pernafasan

4) Elakkan membayangkan perjalanan anda penuh dengan kesukaran cabaran. Tumpukan fikiran pada pemanduan

FILE PHOTO: Waze, a mobile satellite navigation application, is seen on a smartphone in this photo illustration taken in Tel Aviv May 9, 2013. Facebook Inc acquired the Israeli start-up in 2013. REUTERS/Nir Elias/File Photo

Disarankan menggunakan alat navigasi sebagai satu cara mengurangkan 'anxiety'. Foto: Reuters

5) Hindari gangguan semasa memandu seperti makan, menaip teks, atau berfikir perkara lain yang boleh mengalihkan perhatian

6) Sentiasa positif dan yakin dengan kemampuan diri sendiri

7) Usah terganggu jika dihon. Anggap ia sebagai cara untuk pemandu lain berkomunikasi seperti mahu meminta laluan atau memberi amaran mengenai sesuatu situasi yang bahaya. Hon tidak semestinya dibunyikan kerana anda membuat salah

8) Menjadi pemandu yang berhemah dan tidak perlu melayan jika ada pengguna lain membuat provokasi

9) Pastikan minyak petrol sentiasa terisi ataupun pastikan baki tambah nilai tol mencukupi untuk mengelakkan gangguan semasa memandu

10) Akhir sekali, sekiranya langkah-langkah di atas kurang berkesan dan anxiety masih berterusan, anda dinasihatkan mendapatkan bantuan profesional

Semoga bermanfaat dan mudah-mudahan kita dilindungi daripada perkara yang tidak diingini ketika berada di atas jalan raya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain