SEORANG lelaki yang digelar ‘Mowgli’ telah diberi rumah baharu selepas pulang dari kehidupannya di dalam hutan. Zanziman Ellie meninggalkan rumahnya di Rwanda untuk hidup di dalam hutan dan kisahnya menjadi terkenal selepas dokumentari tentang hidupnya disiarkan di YouTube pada 2021. Ellie dilahirkan pada tahun 1999 dan hampir serta-merta dijauhi oleh komunitinya kerana kekurangan fizikal, yang dipengaruhi oleh penyakit microcephaly, di mana bayi dilahirkan dengan kepalanya lebih kecil daripada biasa. ARTIKEL BERKAITAN: Hilang dalam hutan Amazon, 2 budak lelaki hanya minum air hujan... berjaya ditemui sebulan kemudian Disebabkan dia tidak mempunyai keupayaan mental untuk menumpukan perhatian di dalam kelas, dia tidak diberikan peluang untuk belajar. Selain itu, dia juga dikhabarkan menghabiskan aktiviti hariannya dengan memakan rumput di luar rumah yang kemudiannya melarikan diri untuk tinggal di dalam hutan seorang diri. Dia bertemu semula dengan ibu bapanya beberapa tahun yang lalu dan mula bersekolah pada tahun 2022 setelah mengumpul dana untuk menampung kos menghadiri Pusat Komuniti Ubumwe, Gisenyi, Rwanda iaitu sebuah sekolah berkeperluan khas. Perkembangan terkini mengenai hidup lelaki berusia 23 tahun itu menunjukkan dia semakin berkembang maju dan mempunyai rumah baharu bersama ibunya yang telah disumbangkan oleh sebuah organisasi tempatan. Rumah baharunya lengkap dengan tenaga elektrik. Ibu dan anak itu dibawa ke rumah baharu yang mempunyai tiga bilik tidur, tiga sofa baharu dan sebuah televisyen di ruang tamu. Ibunya berkata yang televisyen tersebut akan menghalangnya daripada menjadi sunyi semasa anaknya menghadirkan diri ke sekolah. Rumah tersebut juga mempunyai elektrik dan air mengalir, yang kedua-duanya jarang ditemui di perumahan Rwanda. “Kami pernah tinggal di dalam rumah lama yang boleh runtuh pada bila-bila masa. Saya tidak pernah tahu hasrat saya akan menjadi kenyataan. “Rumah ini mempunyai segala-galanya. Ini adalah syurga di bumi,” ujar ibu Ellie. Keluarga itu juga diberikan seekor lembu bersama rumah tersebut, yang diikat di kawasan luar khas. Lelaki ini juga sedang belajar cara menjaga kebersihan diri. Video itu dirakam oleh Afrimax TV yang difahamkan telah memberi sumbangan membolehkan rumah itu diberi kepada keluarga Ellie. Menurut salah seorang guru Ellie, lelaki itu kini menunjuk minat dan mula menunggang basikal setelah diberikan sebagai hadiah. Guru itu juga berkata Ellie kini suka berinteraksi dengan orang lain dengan bermain dan berpelukan. “Antara pengajaran penting yang dia pelajari ialah kebersihan iaitu cara membersihkan diri, membasuh pakaian, menggosok gigi. “Dia boleh melakukan ini dengan baik sendiri sekarang, dan tiada siapa yang membantunya melakukannya lagi. "Pada mulanya, ia kelihatan mustahil, tetapi ia mengambil sedikit masa dan kami kini gembira dengan kemajuan yang dia buat," ujarnya. – Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI