suria

Sebulan selepas bercerai, lelaki bunuh 7 ahli keluarga sebelum tembak diri sendiri

Lelaki tembak diri sendiri selepas bunuh ahli keluarga.

SEBUAH keluarga ditemui mati akibat ditembak di dalam sebuah rumah yang dijumpai di sekitar .

Menurut pihak polis, mereka menemui lapan mayat berkenaan semasa melakukan pemeriksaan kebajikan di kawasan hartanah di sekitar selatan Salt Lake City.

Kejadian berlaku di di kawasan luar bandar di Enoch City, Utah, Rabu lalu.

Malah, polis turut mengesahkan identiti mangsa yang terlibat termasuklah seorang isteri, lima orang anaknya bersama ibu mentuanya.

Dalam pada itu, ketika sidang akhbar pada Khamis, pegawai bertugas memaklumkan, suspek, Michael Haight, 42 melepaskan tembakan ke arah isterinya, Tausha, 40, ibu mentuanya, Gail Earl, 78, beserta lima anaknya sebelum dia menembak diri sendiri.

Michael bersama ahli keluarga.

Difahamkan, lima kanak-kanak itu, termasuk tiga orang perempuan yang berusia 7, 12 dan 17, manakala dua orang lelaki berusia 4 dan 7 tahun.

Kata Pengurus Enoch City, Rob Dotson, mayat mangsa ditemui oleh polis kira-kira jam 4 petang waktu tempatan pada Rabu, selepas seorang individu melaporkan bahawa isteri kepada lelaki terbabit terlepas satu temu janji yang dijadualkan.

Turut disahkan, bahawa si isteri telah memfailkan penceraian pada 21 Disember lalu, seperti yang pernah dilaporkan oleh The Associated Press. -BBC

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

bunuh keluarga, tembak, bunuh kejam

Artikel Lain