suria

Lelaki Pakistan sambut anak ke-60, hasrat mahu tambah lebih ramai… cari calon isteri keempat

Doktor ini mempunyai tiga isteri dan anak lelaki baharu lahir yang ke-60 dinamakan Khushal.

BUKAN satu atau dua tetapi 60!

Percaya atau tidak, seorang doktor berusia 52 tahun di Pakistan menjadi topik hangat diperkatakan apabila menyambut kelahiran anak yang ke-60.

Malah, lelaki tersebut menyatakan bahawa dia mahu mempunyai anak lebih ramai dengan tiga orang isterinya.

Kisahnya turut dikongsikan pada ciapan di Twitter @Shamshadnetwork sehingga menjadi tular.

Sardar Jan Mohammad Khan Khilji yang tinggal di Quetta, ibu negara Balochistan telah mempunyai keluarga besar sebelum ini dan berharap dapat mencari seorang lagi isteri.

Doktor yang mempunyai klinik sendiri di bandar tersebut mempunyai tiga isteri dan anak lelaki baharu lahir yang ke-60 dinamakan Khushal.

"Bagi orang lain, jumlah itu sudah mencukupi tetapi saya mahu mencari isteri keempat dan mempunyai ramai anak.

"Saya meminta semua rakan membantu mencari calon untuk dijadikan isteri keempat," kata Sardar kepada BBC.

Dalam pada itu, Sardar pernah tular di segala media sosial pada 2016 selepas menimang anak ke-35.

Ketika itu, dia mengumumkan hasratnya untuk mempunyai 100 orang anak dan berhasrat menambah isteri bagi merealisasikan cita-citanya itu. - TIMES

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain